SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST, KLANG
Ya Allah , aku bermohon kepadaMu agar dipermudahkan dan dilancarkan pembukaan sekolah di SK (P)Methodist khususnya dan di seluruh negara umumnya esok. Ya Allah , Yang Maha Pengasih , Engkau lindungilah anak-anak yang ke sekolah demi mendalami ilmu Engkau lindungilah guru-guru yang hadir mencurahkan ilmu untuk anak-anak ini. Ya Allah , Yang Maha Penyayang sesungguhnya kami telah seikhlas hati mengikhtiarkan yang terbaik . Kami akan terus usahakan yang terbaik. Ya Allah , sesungguhnya kepadaMu kami bertawakal dan berserah. (Dr. Radzi Jidin)
MULAI 22/2/2021 JADUAL WAKTU PDPR 2.0 TELAH DILAKSANAKAN . GURU2, IBU BAPA DAN MURID-MURID MGS KOMITED MELAKSANAKAN PDPR DAN MEMBERIKAN KERJASAMA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA. SEMOGA SEMANGAT MURID-MURID TIDAK LUNTUR MENGHADAPI CABAR COVID-19 DAN DAPAT BELAJAR DALAM TALIAN ATAU LUAR TALIAN DENGAN SELESA.
CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 10 FEBRUARI HINGGA 14 FEBRUARI 2021
ZERO BUTA HURUF
12 MAC 2018 Isnin berlangsung majlis penyerahan secara rasmi murid PROTIM (Program 3M)kepada guru-guru MP Bahasa Melayu dan Matematik kelas 4 Delima, 4 Intan, 5B,5M,5D,5I. Pemilihan tersebut berdasarkan saringan Ujian Pra Protim yang dijalankan pada 9 Mac 2018.Seramai 22 murid Tahun 4 dan 32 murid Tahun 5 tidak menguasai kemahiran mengira. Seramai 14 murid Tahun 4 dan 9 murid Tahun 5 tidak menguasai kemahiran menulis dan membaca.
Gaya Hidup Sihat
11 Mac 2018 berlangsung aktiviti Pertandingan Boling tiga kategori, Ibu bapa, Guru dan murid. Seramai 60 peserta menyertai pertandingan ini yang bermula jam 10.00 hingga 1.00 petang. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur dan peserta yang menjayakannya.
12 Februari 2018 - Isnin, Majlis Penyerahan Watikah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas oleh Pegawai Seranta MGS iaitu Sarjan Zuraida Abd. Malik . Ceramah peraturan dan disiplin sekolah turut disampaikan oleh Sarjan Saiful dari Unit Pencegahan Jenayah IPD Klang Selatan.
10 Februari 2018 Sabtu , Program Kem Bestari Solat serta perasmian Bulan Dakwah 2018 dilancarkan. Aktiviti KBS murid dalam kumpulan memperkasakan bacaan dalam solat, cara yang betul mengambil wuduk dan bacaan al-fatihah yang betul.
7 Februari 2018 - Rabu, Ceramah Sarana Ibu bapa disampaikan oleh En. Fairus Mohd. Darus dan penyampaian BAP 2018 kepada ibu bapa.
5 Februari 2018 - Isnin Dialog Prestasi dan pembentangan TOV dan KPI UPSR 2018 dan Pelan Strategik Tahun 6 kepada ibu bapa murid Tahun 6. Ikrar guru diketuai Cikgu Rohimin, Ikrar ibu bapa diketuai oleh En. Fairus MD (YDP PIBG) dan Ikrar murid oleh Adik Zarith Sofia.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018
2 Februari 2018 -Jumaat berlangsung sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah . Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Mahmud dari SK Kota Kemuning. Aktiviti pertandingan tulisan khat bagi murid islam dan aktiviti nilai-nilai murni bagi murid bukan islam.
Kutipan sumbangan PIBG SK Perempuan Methodist bermula hari ini 3 Januari hingga 6 Januari 2017 mulai jam 1.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SK(P)Methodist. Pada 6 Januari 2017 hari Jumaat kutipan mulai jam 12.00 tengahari.