Navigation

  • LADAP TEAM BUILDING GURU DI KEM EL-AZZHAR

    LADAP TEAM BUILDING GURU DI KEM EL-AZZHAR
    16/7/2016
  • MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM

    MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM
    1/7/2016
  • KEMPEN BUKA AKAUN BSN

    28 April 2016 jam 11 pagi, Pegawai BSN membuka kaunter untuk memudahkan murid-murid membuka akaun dan menambah simpanan. Jumlah pembuka akaun baru Giro  ialah seramai 71 orang murid, ahli baru KPM seramai 15 orang. Seramai 19 orang murid yang menambah tabungan dan 8 orang menyertai takaful insuran. Jumlah kutipan pada hari tersebut adalah RM5,659.55. Tahniah kepada ibu bapa yang menabung. Bank Simpanan Nasional akan membuka kaunter lagi pada 30 Jun 2016. 

  • DUAL LANGUANGE PROGRAME (DLP)

    30/4/2016

    SK Perempuan Methodist terpilih untuk melaksanakan DLP di sekolah. Murid yang terlibat adalah murid Tahun 1 2017 dan murid Tahun 4 2017. Bagi membolehkan sekolah melaksanakan DLP, pihak sekolah perlu memenuhi 4 kriteria iaitu 1)GPMP BM kurang 1.85  2)Kesediaan sekolah   3) Sokongan PIBG   4) Persetujuan Ibu bapa.

    Peringkat awal, GPMP BM dalam UPSR adalah 1.7. Manakala kesediaan sekolah adalah bilangan guru opsyen sains dan matematik dan bilik darjah yang mencukupi. Peringkat kedua adalah persetujuan daripada PIBG. Peringkat ketiga adalah mengadakan "townhall " bersama ibu bapa yang terlibat bagi memberi penerangan dan taklimat yang jelas tentang DLP. Setelah bermesyuarat bersama PIBG dan Lembaga Pengurusan Sekolah(LPS)pada 30 April 2016, sekolah bersetuju mengadakan taklimat bersama ibu bapa pada 23 Mei 2016. Pihak sekolah bersama PPD akan sama-sama bersemuka dengan ibu bapa memberi penerangan terperinci. Di akhir taklimat , semua ibu bapa yang terlibat akan mengisi borang bersetuju atau tidak menerima DLP bagi pihak anaknya.

    Pihak sekolah akan menghantar borang DLP, surat sekolah dan surat PIBG ke KPM untuk diproses sebelum 31 Mei 2016.

     

     

  • KEMPEN LOGIN VLE FROG

    KEMPEN LOGIN VLE FROG

    Bulan Mac 2016, seramai lebih kurang 240 orang murid SK Perempuan Methodist telah Login masuk VLE Frog. Bagi memberi semangat kepada murid-murid, pihak sekolah menyediakan hadiah bulanan untuk murid yang paling LAMA  menggunakan laman VLE Frog.(JUMLAH JAM : MINIT). Pemenang bulan Mac : Adik Dina Sofeya bt Azman 

    Hadiah individu: RM10.00/ Buka akaun BSN

     

  • KEMPEN MENABUNG BERSAMA BSN

    SK(P) Methodist salah sebuah sekolah terpilih dalam Negeri Selangor menerima dana RM10,000 daripada Bank Simpanan Nasional untuk mengadakan karnival bagi mendapat dana sekolah. Pihak sekolah mengalu-alukan kerjasama ibu bapa agar dapat membuka akaun simpanan. Bagi akaun baru RM10.00 diperlukan beserta salinan Mykid/ Salinan surat beranak. Guru kelas sedang mendapatkan data murid yang mempunyai akaun BSN atau yang belum mempunyai akaun BSN. Ibu bapa boleh menghubungi guru kelas untuk keterangan lanjut. 

    Kategori Hadiah Tempat pertama, kedua dan ketiga: Penyimpan Terbanyak (Jumlah RM) , Penyimpan Paling Kerap (Kekerapan Bank in duit), Kelas Paling Banyak Menyimpan (jumlah RM).

  • PENANGGUHAN SUKAN TAHUNAN 2016

    Sukan Tahunan terpaksa ditangguhkan berikutan daripada penangguhan Program Sukan Majlis Sukan Sekolah Selangor(MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) yang sepatutnya dilaksanakan pada 28 Mac-27 Mei 2016. Oleh itu pihak sekolah terlibat secara langsung agar mengambil perhatian penuh terhadap semua arahan semasa daripada pihak KPM berhubung Fenomena El-Nino dan Penyakit Bawaan Haba(Sings And Symptoms Of Heat Illness) terutama yang melibatkan pelaksanaan aktiviti murid di luar bilik darjah.

    Sehubungan itu,  Sukan Tahunan 2016 yang dijadualkan pada 10 April 2016 (Ahad) dan  Sukaneka Tahap 1 yang dijadualkan pada 8 April 2016 (Jumaat) terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. Cuti peristiwa yang dijadualkan pada 11 April 2016 (Isnin) juga turut terbatal dan sesi persekolahan adalah seperti biasa

    Surat rasmi dari sekolah akan diedarkan hari Isnin.

  • MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-43

    MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-43

    Pada 30 Jan 2016 (Sabtu), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-43 yang diadakan di dewan tertutup SKPM bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim.S.I.S

    Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus  untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. 

  • UJIAN PENGESANAN TAHUN 6

    UJIAN PENGESANAN TAHUN 6

    Ujian Pengesanan Tahun 6 bagi mendapatkan TOV bagi murid Tahun 6 2016  untuk UPSR Format baharu yang bermula tahun ini. Format baharu yang menetapkan sasaran 6A bagi sasaran tahun 2016 serta format setiap matapelajaran yang semakin mencabar minda murid-murid.Soalan KBAT juga telah ditambah kepada 40% daripada jumlah soalan. 

  • Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43

    Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43

    Ibu bapa dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 yang berlangsung pada 30 Januari 2016 jam 8.00 pagi. Persembahan tarian rampai dan tarian piring turut dipersembahkan semasa pembukaan dan semasa majlis berehat seketika. Cabutan bertuah juga akan dijalankan semasa sesi penutup dan hampir 50 hadiah cabutan bertuah disediakan hasil sumbangan ibu bapa , kantin, kedai buku, BSN, syarikat pembekal peralatan sekolah dan pusat tuisyen Abacus. Seramai 300 ibu bapa penjaga dijangka hadir esok. Semoga majlis berjalan lancar.

  • Gambar Pasport
    17/1/2016

    New photos were added to the album Gambar Pasport.

  • KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

    15 Jan 2016 - Berlangsung dengan lancar mengikut perancangan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada KSIB yang menjadi sukarelawan(Pn.Tan dan En.Saiful)  dan guru-guru yang menjadi petugas merentas desa yang cemerlang. Acara penutup dengan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PIBG En.Fairus M.Darus.MURID SIHAT SEKOLAH CEMERLANG.

  • LANJUTAN TEMPOH TRANSISI TAHUN 1

    LANJUTAN TEMPOH TRANSISI TAHUN 1

    Salam 1Malaysia,

    Berikutan pemantauan Jabatan Pendidikan Selangor, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan Program Transisi Tahun 1 selama 3 minggu. Oleh yang demikian, program Transisi Tahun 1 yang sepatutnya berakhir 14 Januari 2016 akan dilanjutkan sehingga 22 Januari 2016. Sukaneka Tahun 1 akan diadakan sempena dengan penutupan Program Transisi pada 22 Januari 2016. Pihak sekolah berharap ibu bapa ambil maklum dan murid Tahun 1 tidak perlu membawa buku pada minggu Transisi tersebut.

  • Kutipan Sumbangan PIBG

    Kutipan Sumbangan PIBG

    6 Januari 2016 - Selama 3 hari  dalam minggu pertama persekolahan kaunter kutipan sumbangan PIBG dibuka dengan kerjasama YDP PIBG En.Fairus M.Darus, Pn.Fatima (ajk PIBG), En.Hasnol(KSIB), Pn.Daiva(KSIB), Pn.Tan Mageswary (KSIB). Kaunter tersebut berjaya mengutip RM15,850 tidak termasuk kutipan Hari Orientasi Tahun 1. Hampir 55% kutipan sumbangan berjaya dikutip. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang telah menjelaskan sumbangan tersebut. Terima kasih juga kepada YDP PIBG dan KSIB yang membantu meringankan beban guru-guru bagi memastikan PdP berjalan lancar pada minggu pertama persekolahan. Sumbangan PIBG masih boleh dibayar melalui pejabat SK Perempuan Methodist mengikut waktu pejabat.

  • Buku Lukisan Tahun 1,2 dan 3

    Buku Lukisan Tahun 1,2 dan 3

    7 Januari 2016 - Stok Buku Lukisan Tahun 1,2 dan 3 telah sampai. Segala urusan kutipan bayaran akan dijalankan oleh guru MP Dunia Seni Visual. Guru akan menyimpan Buku Lukisan tersebut di sekolah bagi menjaga daripada kehilangan serta kerosakan jika dibawa pulang. Sehubungan itu ibu bapa penjaga boleh membayar RM9.50 kepada guru mata pelajaran DSV melalui anak tuan puan.

  • Singkatan MP Jadual Waktu

    Mata Pelajaran  Tahap 1(T1,2,3)
    1. Bahasa Melayu (BM)
    2. Bahasa Inggeris (BI)
    3. Matematik (M3)
    4. Dunia Sains Teknologi (DST)
    5. Bahasa Komunikasi (B Kom) - Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
    6. Muzik (MZ)
    7. Pendidikan Jasmani (PJ) Pendidikan Kesihatan (PK)
    8.Dunia Seni Visual (DSV)
    9.Tasmik (T)
    10. Ulum/Moral, Tilawah/Moral, Jawi /Moral
     
    Mata Pelajaran  Tahap 2 (T4,5,6)
    Sama seperti Tahap 1 dengan MP tambahan
    1.  Reka Bentuk Teknologi (RBT)
    2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
    3. Sejarah (SEJ)
     
  • Basic photos
    3/1/2016

    New photos were added to the album Basic photos.

  • Kutipan Sumbangan PIBG 2016

    Salam sejahtera,

    Dimaklumkan kutipan sumbangan PIBG akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

                    Hari  : Isnin(4/1/2016 , Selasa(5/1/2016) dan Rabu (6/1/2016)

                    Masa : Sesi 1 (7.30 pg hingga 9.30 pg)

                               Sesi 2 (12.30 hingga 2.30 ptg)

                    Tempat :  Bilik Mesyuarat (Tingkat 1) sebelah PSS

    2. Pada hari Isnin , Selasa dan Rabu, Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.Sehubungan itu kutipan akan dijalankan di Dewan Anjung Bestari oleh AJK PIBG yang bertugas. Mohon ibu bapa/penjaga mematuhi masa yang telah ditetapkan.

    3. Sumbangan PIBG dibayar oleh anak yang paling muda dan RM50.00 untuk satu keluarga. Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama agar sesi kutipan berjalan lancar.

     

    Guru Besar

    SK Perempuan Methodist

  • GALERI SKPM
    15/1/2016

    Gambar-gambar akan diupload dari semasa ke semasa dalam  photos.

  • Pengguna Telefon Bimbit

    Pengguna Telefon Bimbit

    Pengguna Telefon Bimbit

    Anda boleh menyemak jadual waktu harian dan jadual relief melalui telefon bimbit anda. Jika anda mempunya  iPhone,iPad or  telefon Android  , anda boleh memuatnaik program Edupage melalui sistem aplikasi google.play.

    Untuk maklumat lanjut layari: mobile.edupage.org

Berita

Hubungi

  • SK Perempuan Methodist, Klang, Selangor
    Jalan Raya Barat
    41000 Klang
    Selangor
  • 03-3371 3960

Photogallery